Tuesday, 11 October 2011

Adab Hadapi Nikmat dan Musibah


ADAB  MENGHAdAPI NIKMAT DAN MUSIBAH
* Nikmat dan Musibah
1. Nikmat ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang sperti kesihatan, kekayaan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.

2. Musibah ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yg dihadapi oleh seseorang sperti ketakutan,kesakitan, kelaparan, kekurangan harta benda, kegagalan,dan kematian.

3.Mukmin yg berjaya ialah mukmin yg bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar menempuhi segala musibah yg menimpanya.

.
HAKIKAT NIKMAT DAN MUSIBAH


"Dialah tuhan yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan Dia Maha Berkuasa  lagi Maha Pengampun,”
Al-mulk ayat 2.

Ujian Allah boleh datang dalam berbagai bentuk, baik berupa kesenangan mahupun kesusahan. Perhatikan firman Allah s.w.t berikut:

"Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!". Dan apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (Surah Al-Fajr: 15-16)

Dalam erti kata lain, tak patut orang kaya menganggap dia kaya kerana Allah merahmatinya, begitu juga tak patut orang miskin merasa kemiskinan itu sebagai Allah menghinanya. Jangan sesekali berfikir sebegini. Kaya atau miskin, kedua-duanya adalah ujian Allah jua.

Adab Menerima Nikmat Allah S.W.T

Syukur

Amalan
Menggunakan nikmat dgn cara yg terbaik dan bermanfaat seperti bersedekah dan membantu orang lain.

Lisan
Memuji Allah dgn menyebut Alhamdulillah dan mengerjakan sujud syukur.

Hati
Menyakini bhawa nikmat yg diterima ialah kurniaan Allah dan akan disoal pada hari akhirat. Tidak bersikap sombong, riyak dan menunjuk-nunjuk.

Adab menerima musibah

1.  Mengucapkan lafaz istirjaa’  dan membaca doa musibah.
                   Innalillahi wainna ilaihirajiuun.
“ Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali,”
Ucapan ini hendaklah dibaca ketika mendapat musibah dan tidak hanya dibaca ketika mendengar berita kematian sahaja.
Kita juga digalakkan mengamalkan doa sunnah ketika menghadapi musibah
Yang bermaksud  “ Ya Allah, berilah aku pahala daripada musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,”

2.  Bersabar dan redha
Sifat sabar dan redha menerima musibah menunjukkan seseorang itu memiliki keimanan yang tinggi.Mereka yang bersabar akan menerima ganjaran yang tidak terbatas, dan Allah akan membantu orang-orang yang sabar.

3. Meyakini Pahala ganjaran kesabaran setimpal dengan musibah yang menimpa.

Lagi besar ujian atau musibah yang menimpa, lagi besarlah pahala yang kita terima jika kita bersabar menghadapinya. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya jika Allah Ta'ala mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha maka baginya keredhaan (Allah). Sedangkan siapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah)." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

4. Melihat Musibah sebagai penghapus dosa dan pemberi peluang meraih pahala.

Jangan lihat musibah sebagai sesuatu yang buruk. Jika kita redha dan bersabar, ia akan jadi sebab dihapuskan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kesusahan, kesakitan, kerisauan, malah terpijak duri sekalipun melainkan Allah akan menghapuskan dosanya (selagimana dia sabar)." (HR Bukhari dan Muslim)


5. Menyakini bahawa musibah merupakan sesuatu yang telah ditakdirkan.

Seorang mukmin haruslah yakin bahawa musibah adalah sesuatu yang telah ditakdirkan olieh Allah s.w.t, sepertimana firmannya:

"Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Hadiid: 22)

6. Musibah yang menimpa sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

Kadang-kadang ujian atau musibah yang menimpa diri terasa begitu berat sekali, hinggakan hendak bersabar pun terasa susah. Jika ini berlaku, ingatlah bahawa kesusahan yang menimpa kita itu melambangkan kemampuan kita. Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya. Firman Allah s.w.t dalam ayat terakhir surah Al-Baqarah:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."
(Al-Baqarah: 286)

7. Berfikiran positif dan menyakini bahawa bersama setiap kesusahan datang kemudahan.

Jangan kecewa jika ditimpa apa jua kesusahan, kerana bersama setiap kesusahan pasti ada kesenangan.  Allah berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5 -6:

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Di sini ayat yang sama diulang dua kali, memberikan  penegasan bahawa sesiapa dan berusaha lebih, Allah akan memberikannya hasil yang setimpal atas usahanya itu selagimana Dia tidak berkehendak untuk mengujinya dengan kegagalan.

8. Musibah sebagai hasil kesan perbuatan sendiri.

Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya dengan menimpakan musibah tanpa sebab-musabab. Segala yang berlaku pasti ada asal-usulnya daripada pilihan manusia itu sendiri, baik dia sengaja ataupun tidak. Jika dia tidak sengaja atau tidak tahu, maka musibah itu adalah sebagai ujian ataupun penghapus dosa-dosanya.

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." (As-Syuura: 30)

Musibah itu sebagai tanda diberi keampunan oleh Allah s.w.t, tapi ini tidaklah bermaksud kita tidak perlu bertaubat. Di antara hikmah diturunkan bala dan musibah atas kesalahan sendiri adalah supaya kita dapat insaf sebelum terlambat. Allah telah berfirman:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Ruum: 41)

9. Tidak berputus asa apabila ditimpa musibah.

Gagal atau musibah bukanlah pengakhiran, selagimana musibah itu bukan berbentuk kematian..  Allah telah berfirman:

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
Kita hendaklah berusaha mengatasi kelemahan dan memperbaiki kesilapan diri disamping bertawakal dan berdoa kepada Allah.


No comments:

Post a Comment