Kelebihan Berselawat
1. Memperoleh limpahan rahmat dan kebajikan daripada Allah.
2. Mendapat kebajikan, mengangkat darjat dan menhapuskan kejahatan dan kesalahan.
3. Mendapat pengakuan keimanan jika membacanya 100 kali.
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan dimasukkan dalam golongan orang-orang soleh.
5. Mendekatkan diri kepada Allah.
6. Memperoleh pahala seperti pahala memerdekakan budak.
7. Memperoleh syafaat.
8. Peroleh hubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang yang berselawat, selawatnya itu disampaikan malaikat kepada Nabi.
9. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi.
10. Menghilangkan kesusahan, kesedihan dan melapangkan rezeki.
11. Melapangkan dada bila membacanya 100 kali.
12. Menghapuskan dosa bila dibiasakan membacanya setiap hari 3 kali.
13. Menggantikan sedekah bagi orang yang tidak mampu bersedekah.
14. Melipatgandakan pahala yang diperoleh, hal ini bila seseorang banyak berselawat pada hari Jumaat.
15. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah pada hari kiamat.
16. Menyebabkan doa kita diterima oleh Allah.
17. Dapat melepaskan diri dari kebingungan dan kekacauan di padang mahsyar.
18. Merenungi satu hak nabi, atau menunaikan satu tugas ibadah yang diwajibkan ke atas kita.Apabila tidak berselawat, bererti enggan memenuhi satu hak Nabi.
19. Dipandang sebagai seorang yang mencintai Nabi.
20. Dikabulkan segala hajat dan keperluannya.
No comments:
Post a Comment