Sakit, Inikah Ujian-Mu?
Aku mengalami gastric yang agak teruk. Perutku selalu sakit terutama sebelah kiri terasa keras, bila ditekan, selalu kentut. Badanku banyak angin, kadangkala terasa sesak, bila kentut baru rasa lega. Kepalaku pula sakit sebelah kiri, belakang tengkuk juga sakit. Kadangkala dadaku terasa sakit juga.
Bahu dan belikatku juga sakit, mata kaki selalu sakit, tumit pun sakit. Kalau silap makan, badan akan rasa menyucuk-nyucuk macam jarum.
Bila nak datang bulan, sakitku menjadi-jadi, kepala dan perut tambah sakit, pinggang lagi sakit, rasa macam sakit nak bersalin.Bila pergi klinik doctor bagi ubat gastric, ubat tahan sakit dan ubat angin. Sudah hampir tiga tahun aku mengalami sakit ini. Sebelum ini aku makan ubat macam-macam, ada yang aku makan jadi lagi teruk walaupun ubat itu mahal harganya sampai beratus.
Kerap kali aku sakit kepala semasa bawa kereta ketika pergi dan balik kerja, sudahlah tempat kerja pun jauh. Aku pernah berasa kepalaku gelong dan tidak seimbang semasa bawa kereta. Sepanjang jalan aku hanya berzikir dan bertawakal kepada Allah supaya aku selamat sampai. Aku selalu berdoa, “Ya Allah, bantulah aku dalam perjalananku ini. Ya Allah, aku tak mahu mati dalam kemalangan, matikanlah aku di atas sejadah solatku. Ya Allah, matikanlah aku dalam kematian yang indah dan mudah Ya Allah, Engkaulah Pelindungku, Engkaulah Penolongku, Aku tidak punya Penolong dan Pelindung selain-Mu,”
Kadangkala aku malu kerana aku akan MC setiap bulan kerana sakit aku semakin kuat waktu hampir datang bulan. Aku malu Ya, Allah. Selepas solat terutama solat tahajud aku menangis dan mengadu kepada Tuhanku.
“Ya Allah, aku ini sakit. Hanya Engkau sahajalah yang tahu sakitnya aku ini. Manusia lain tidak tahu Ya, Allah. Ya, Allah, betapa lemahnya aku ini di mata manusia. Ya, Allah! Begitu lemah dan tidak berdayanya aku ni Ya ALLAH. Aku tidak mengetahui keadaan diriku sendiri Ya ALLAH. Hanya Eangkau sahajalah yang mengetahui keadaan diriku. Engkau hampir kepadaku daripada urat leherku sendiri Ya ALLAH.Sembuhkanlah sakitku, aku malu Ya Allah kerana aku selalu MC kerana sakitku ini.Ya, Allah. Ya, Allah berilah ubat yang menjadi penawar kepada sakitku ini. Berilah keizinan-Mu Ya, ALLAH kalau Engkau tidak izinkan, ubat apa pun tidak menjadi Ya ALLAH. Ya Allah, aku keseorangan di rantau orang YA ALLAH. Aku jauh dari suamiku, aku jauh dari ibu dan adik beradikku, sekolahku juga jauh Ya ALLAH. Tetapi janganlah Engkau jadikan aku jauh dari Rahmat-MU. Ya ALLAH kuatkanlah kesabaranku dalam menghadapi ujian-MU ini. Ya ALLAH janganlah Kau berikan kepadaku ujian yang berat, yang tidak sanggup untukku memikulnya Ya ALLAH.Tolonglah aku Ya ALLAH. Aku tiada Pelindung dan Penolong yang lain selain daripada-MU Ya ALLAH”
No comments:
Post a Comment