Thursday, 13 October 2011

Mimpi Bertemu Rasulullah

Hari Jumaat malam Sabtu, 15.5.2010 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1431H.
Aku tertidur dalam keadaan sedih yang mencengkam dada kerana berlaku sesuatu hal yang tidak menyenangkan. Aku bermimpi berjalan memasuki sebuah khemah mengikuti belakang seorang lelaki yang berjubah warna ungu atau kelabu tua. Jubahnya di atas buku lali, memakai sandal.Memakai serban hitam, bahunya bidang, susuk tubuhnya anggun dan berwibawa gaya jalannya.

Dalam khemah itu ramai orang . Semua orang duduk, ada lelaki dan perempuan. Lelaki yang kuikuti belakangnya tadi duduk sebentar, kemudian dia bangun semula berjalan di hadapan khemah.Aku duduk sambil memerhatikan seorang lelaki kulit hitam yang berguling-guling menangis katanya dia menyesal kerana pernah mencuri buah tamar.

Aku berasa seolah-olah berada di padang mahsyar yang keadaannya amat terang walaupun duduk di bawah khemah. Lelaki yang berjubah tadi berdiri di hadapan khemah yang amat bercahaya sehingga cahaya itu memenuhi wajahnya, dia berkata, “ Akulah Rasulullah yang akan memberi syafaat pada hari ini kepada orang yang banyak berselawat ke atasku. Sesungguhnya di sebelah kiri di luar khemah ini semuanya ahli neraka,”katanya. Setelah itu aku pun tersedar dari mimpi. Kulihat jam di dinding menunjukkan pukul 5 lebih. Aku berfikir benarkah aku bermimpi bertemu Rasulullah.  

No comments:

Post a Comment